:: IKATAN KITA::

Assalamualaikum sahabat - sahabat semua :)

Teringat zaman - zaman sekolah dahulu. Doa rabitah menjadi peneman setia kami sebelum memasuki dewan peperiksaan. Ya, basah bibir kami mengatur susunan liriknya. Untuk mendapat rasa kekuatan bersama pejuang - pejuang lain. Ada rasa kegentaran di hati apabila untaian dialunkan dengan penghayatan. Kalimah ini mempunyai  pesanan yag jitu kepada kita. Pesanan supaya hati kita teguh dalam menyambut seruanNya. Doa ini biasanya dialunkan bersama - sama yang lain terutamanya sebelum atau selepas satu pertemuan. Wirid ini juga menjadi sisipan aturan al-Mathurat, kitab Hasan Al-Banna.


DOA RABITAH

Ya Allah…
Engkau mengetahui bahawa
Hati-hati ini berhimpun kerana mengasihi-Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah-Mu
Bersatu memikul beban dakwah-Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia
untuk menegak dan mendaulatkan syariah-Mu

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini
Akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini
Dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini
Dengan makrifat pengetahuan yang sebenar tentang-Mu

Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini
Sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu

Engkaulah sebaik-baik sandaran
Dan sebaik-baik penolong Ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin…

wallahualam :)


Comments

Popular Posts