Hello, pleaselah, tolong cermin muka tu dulu boleh x???

Hello, pleaselah, tolong cermin muka tu dulu boleh x???

‘’Eleh, ada  hati nak ubah orang lain konon, Hello cerminlah muka tu dulu okay!!! Kau sendiri pun terhuyung hayang ada hati nak nasihatkan aku, mind your own business OKAY!! ‘’.
Assalammualaikum...WOOO!! Pernah kene sembur macam tu tak?? Ini benar2 direct kan…  ;) Hmmm…Alhamdulillah setakat nie saya belum pernah disembur sebegitu rupa, secara ‘’halus’’ tu adalah…J but its okay saya terima setiap terguran itu, insyaAllah, dengan hati yang terbuka. 

Nak dijadikan cerita; Pada mulanye memanglah rasa nak hangin je satu badan bila melihat orang yang menegur tu pun cakap tak serupa bikin. 

Tapi bila difikirkan balik, kalawlah dia tidak menegur kesilapan saya, sudah tentulah saya akan berulang kali melakukan kesilapan yang sama berulang kali tanpa menyedari yang perbuatan saya itu sebenarnye salah and tak disenangi orang langsung pung!! And another tapi, kalaw nak tengok orang yang bagi nasihat tu punye perwatakkan tanpa melihat pada content nasihat die memang taklah kita nak ikut nasihat die, tapi akal yang waras and bijak berfikir akan cuba menerima nasihat dan terguran dengan berlapang dada tanpa melihat pada sipenasihat itu sendiri. Macam dalam evidence law jugalah kan, judge tidak akan melihat pada propensity evidence which is the bad character of a person in other to determine whether a person charged is guilty of a present case or not. So, character si penasihat itu inadmissible as ‘evidence’ to reject all his/her good advice to us.
Ini telah mengingatkan saya pada kata-kata Imam Hasan Al-Basr:
‘’Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan’’.
Haish….apa2 pun saya dalam proses membaiki diri, insyaAllah, harap anda pun begituye…J

p/s: Seperti penulisan ini juga, maybe ade yang membaca akan mengatakan bahawa saya nie tak layak pun nak tulis pasal benda2 ni sume...tapi janganlah melihat pada sapa yang menulis and menyampaikan, tetapi lihatlah pada apa yang ingin disampaikan. Indeed, I’ve got nothing by writing this post nor money neither fame,  but insyaAllah I guarantee that u will definitely get something by reading this post, insyaAllah…J

So, sebenarnye tidak salahpun untuk kita menasihati sesame sendiri, bukaknkah itu yang termaktub dalam alQuran:
Al-imran 104:
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar; dan merekalah orang-orang yang beruntung.” 
Alhamdulillah jumpa pun hadith yang belajar masa sekolah menegah dulu, terima kasih cikgu!!

Hadith Riwayat Muslim:
“Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya (mulutnya). Jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya (iaitu membenci kemungkaran yang berlaku) dan itulah selemah-lemah iman”  

And another one;
Para sahabat r.a bertanya: “Ya Rasullullah s.a.w, kami tidak akan menyuruh orang untuk berbuat baik sebelum kami sendiri mengamalkan semua kebaikan dan menjauhi semua kemungkaran.” Maka Nabi s.a.w bersabda: “Tidak, bahkan serulah orang untuk berbuat baik, meskipun kalian belum mengamalkan semuanya. Dan cegahlah kemungkaran, meskipun kalian belum menghindari semuanya.

 Tapi pernah tak kita terfikir kenapa adakalanye disaat kita cuba menasihati rakan kita yang sedang melakukan kesilapan, kita disembur pula sedemikian rupa? Pernah terfikir tak?? Ofcourse pernah kan…especially yang memang pernah kene sembur ;) Dah taw jawapanye?? APA??

Melalui perpekstif sipenulis:
Kadang2 cara kite menegur seseorang itu juga menjadi salah satu factor penyebab orang yang dinasihati itu bersifat sedemikian. Tetapi, bagaimana pula sekiranye kita menegur dengan cara yang berhemah??
Apa definasi berhemah pada anda?? Menegur dengan lembut kesilapan seseorang dihadapan khalayak ramai?? Menegur secara kasar dihadapan khalayak ramai?? Ataupun menegur secara halus melalui laman social, sms, phone call?? Yang mana satu?? Atau tiada langsung seperti yang dinyatakan diatas??
Sebelum kita hendak menegur seseorang itu, sebaik-baiknya kita mengenali orang tersebut dengan terlebih dahulu. Lebih baik sekiranye kita dapat mengetahui factor2 yang menjadikan seseorang itu bersifat or berkelakuan sedemikian. Kita tidak seharusnye tergesa2 gesa dalam memberi teguran, lebih2 lagi sekiraye orang tersebut masih berada di khalayak ramai (kawan, public, etc). teguran yang deberikan mestilah bersifat membina dan membantu dalam memperbaiki diri mereka yang ditegur and orang yang menegur, berlemah lembut dan tidak bersifat provokasi. Segelintir orang tidak suka apabila ditegur secara ‘impliedly’ lebih2 lagi sekiranye sudah terang lagikan bersuluh ‘statement’ atau terguran itu ditujukan kepada mereka di KHALAYAK RAMAI!!!.
Kadang2 tidak dinafikan niat kita memenglah baik untuk menegur seseorag tetapi berhemahlah dalam melakukanye, karana kita takut menyakiti hati ramai pihak dan orang enggan menerima teguran dari kita lagi. Cuba bayangkan kite berada di situasi orang yang ditegur, bagaimanakah reaksi kita sewaktu menerima teguran yang sedemikian, suka, annoyed, dislike???
Tambahan pula, Kadang2 kita sering terlupa perhubungan yang akrab tidak semestinye membenarkan apa sahaja yang kita lakukan terhadap kawan kita, misalnye menegur mereka directly tanpa perlu berlapis dan berlemah lembut. Ingat, walaupun kawan yang rapat dengan kita itu Nampak seperti boleh menerima teguran dari kita tapi itu tidak bermakna mereka tidak pernah menyimpan rasa sakit hati or terasa pada kita. Sememnagye tiada istilah terasa dalam menasihati sesame rakan, tetapi isu sakit hati / terasa tidak akan timbul sekiranye kiyte belajat memberi teguran secara berhemah. Ingat jangan pula terlalu beremosi semasa memberi teguran, seperti tidak menampakkan mimic muka yang marah, tidak puas hati, or muka terlalu bagus…;) sekian sahaja penulisan saya, maaf atas segala salah silap…J


Comments

Popular Posts