siapalah aku jika hendak dibandingkan dengan mereka? 

di saat diri sedang bersungguh-sungguh dalam mencari redha Ilahi, 
tatkala itulah tuhan datang menguji,
namun hati ini sentiasa pasti bahawa ada sesuatu yang ingin tuhan aku kenal pasti,
aku cuba memandang setiap ujian yang datang itu sebagai sesuatu yang positif kerana aku dalam proses memupuk hati,
bukan aku seorang yang sedang diuji didunia ini kerana aku yakin masalah yang aku hadapi hanyalah sebesar biji sawi,


apalah sangat ujian yang aku hadapi jika hendak dibandingkan dengan ujian yang dilalui oleh para muslimin dan muslimat di sana,
mereka bukan setakat diuji dengan kehilangan harta, makanan, tetapi nyawa,
malulah aku pada diri sendiri untuk berputus asa disaat umat islam sedang memerlukan kekuatan sesama kita
malulah aku untuk terus hidup dalam dunia sendiri akibat sakit yang aku hadapi itu kononya boleh diubat dengan begitu rupa
ayuh aku harus bangkit dan jangan sesekali menyerah pada syaitan durjana
aku harus ingat tuhan tidak menguji aku seorang sahaja
orang2 disekeliling aku juga diuji, tetapi mengapa mereka masih lagi mampu tertawa
sedangkan aku masih lagi dibawah takuk yang sama leka dengan bisikan yang membinasa
sapalah aku untuk mempersoalkan itu ini sebegitu rupa 
sedangkan bukan aku seorang sahaja yang pernah terluka, sedang diluka dan terluka
lalu sampai bila aku harus hidup dengan lagak gaya yang sama?


aku sering mengharapkan orang untuk berubah, 
namun sapalah aku untuk merubah
sedangkan aku sendiri gagal untuk berhijrah 
sudah banyak yang aku lihat didunia ini lalu inilah masanya untuk aku membuka mata bahawa aku sendiri yang harus memulakan langkah
bukan mereka tetapi akulah punca kepada segala masalah 
kerana aku yang menjadikan masalah yang sebesar zahrah itu seperti sebesar gajah


aku adalah raja kepada diri ku
masalah hanyalah hamba yang cuba menguji cara pemerintahan hatiku
buruk cara aku memandang hamba itu maka buruklah akibat yang akan bertubi2 menimpaku
baik aku memandang hamba itu maka baiklah akibat yang akan menyusuri langkah-langkah ku
sesunggunya kepada Allah tempat aku menyerahkah segala-gala hal menerjah 
pada engkaulah ya Alllah tempat aku mengadu domba masalah
ampunilah aku sekiranya disaat aku ditimpa musibah aku telah mendatangkan fitnah
fitnah yang membuatkan orang2 disekelilingku keluh kesah
walhal aku tidak berniat untuk membuat mereka resah
tetapi itulah cara aku untuk meluahkan masalah
namun sekarang aku telah pasrah
bahawa tiada tempat lain untuk meluah 
melainkan padamu ya Allah


pimpinlah hati-hati yang ikhlas berjuang dijalan mu kelandasan yang diredhai mu ya Allah
biarlah apa manusia ingin berbicara kerana sekarang aku hanya ingin mencari redhanya
aku sudah penat dengan permainan hati yang sering kali membuatkan aku alpa
alpa dengan tangungjawab ku yang lebih besar meritnya 
iaitu mencari redha yang maha Esa
kini aku berusaha menepis segala prasangka 
biar orang kata aku tiada mata
tetapi aku hanya mahu menjaga hal yang lebih utama
sapalah aku untuk selalu terasa 
disaat orang lain juga melalui perasaan yang sama
kerana aku engkau dan mereka adalah sama
tetapi apa yang membezakan kita adalah cara aku engkau mereka melihat 'benda'


nukilan: miftahul qalbi: bachelor of law (Bond Univerisity; Gold Coast) 








Comments

Popular Posts