4 ciri mereka yang mendapat manfaat di padang masyar

Assalammualaikum,

sedikit perkongsian melaui sedikt ilmu yang saya dapat. moga bermanfaat buat pembaca.
*ini hanya segelintir ciri2 yang saya dapat. jika ada yang mahu menambah dipersilakan.

1. Tahajud. Mereka yang bangun malam bersujud me minta keampunan daripada Allah s.w.t sambil menangisi perbuatan dosanya di saat makhluk bumi yang lain sedang asyik dibuai mimpi. Sesungguhnya solat dua rakaat sebelum subuh itu lebih baik dari seluruh dunia dan isinya.
2. Mereka yang berKasih sayang kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah. Disini penceramah juga menyetakan seseorang itu dapat merasai kemanisan iman apabila: 1. Mencintai Allah dan rasul 2. kasih saudara mahupun sahabat kerana Allah 3. benci untuk kembali pada kemungkaran lalu. Disini penceramah juga ada bercerita mengenai kisah seorang guru dan anak2 murid beliau. Dimana guru ini ingin menguji anak2 muridnya.
Lalu mengarahkan anak2 murid beliau untuk menulis nama orang yang mereka tak suka atau benci di atas pisang, satu nama orang yang dibenci bersamaan dengan satu pisang dan pisang itu hendaklah dibawa bersama mereka setiap hari kemana2 saja. Hari demi hari Budak2 ini menjadi rimas, lama2 pisang yang disimpan itu busuk. Sampai hari, guru ber tanya adakah murid2 itu suka? Jawab mereka 'Kami tak suka, kerana lama kelamaan pisang ini menjadi busuk'. Jadi hikmah daripada ujian guru diatas adalah untuk menunjukkan pada anak2 murid beliau yang kita ni Busuk pisang pun kita tak tertahan begitulah juga dengan perasaan busuk hati pada seseorang itu kalaw ada dalam diri kita, Dibawa kemana2 saja kita berada.
3. Seterusnya, lelaki yang diajak perempuan untuk berzina, tetapi berjaya untuk mengawal nafsu kerana takut akan Allah. Disini penceramah ada mengatakan bahawa nabi s.a.w pernah bersabda yang Perempuan merupakan fitnah yang cukup besar untuk lelaki. Kita dinasihatkan untuk menjaga pergaulan.
4. Bersedekah dgn penuh keikhlasan d jalan Allah. Seolah tangan kiri pun tidak tahu akan tangab kanan yang bersedekah.
Wallahualam

Comments

Popular Posts