Hadith 4: Pengajaran dan Iktibar

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai): Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu diadidahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya dalam (بدء الخلق (باب ذآر الملئكة) )nombor 3036, dan dalam ( القدر ) dan dalam ( الأنبياء ) . Al-Imam Muslim meriwayatkannya di awal kitab ( القدر ) bab ( باب آيفية خلق الآدمي ) nombor 2643.).

Hadith 4: Melalui hadith ni kita lihat ada 3 pengisian or pengajaran yang Allah ingin sampaikan. 1.Penciptaan manusia: diceritakan disini bahawa penciptaan manusia itu adalah secara berperingkat dari setitis air mani....etc. penciptaan manusia secara berperingkat ini reflect akan character manusia itu sendiri yang apabila melakukan sesuatu urusan or hal mereka akan melakukan secara berperingkat. Misalnya, seseorang yang hidupnye dibelenggu jahilliyah apabila dcampakkan hidayah dan taufik kehati mereka, perubahan dilakukan adalah secara berperingkat bukan mendadak. Untuk seorang wanita mulalah untuk mengenakan tudung, kemudian berjilbab seterusnya berniqab ;mungkin. Hal or perkara yang dilakukan secara berperingkat ini membuatkan kita lebih istiqamah dalam beramal.

2. Allah telah menetapkan rezeki, ajal amal n ending seseorang manusia itu. Disini terdapat dua sifat Allah yang kita dapat pelajari. Pertama Allah itu maha mengkehendaki. Sifat ini jelas untuk penetapan rezeki n ajal seseorang dimana Allah lah yang telah menetapkannye dan tiada yang dapat memPertikaikan kerana ini adalah hak Allah. Sifat yang kedua adalah Allah itu maha mengetahui. Ada yang mempertikaikan sekiranya Allah telah menetapkan pengakiran seseorang manusia itu, apa kah perlu untuk berusaha kearah syurga sedangkan bagi mereka yang telah ditetapkan neraka akan keneraka jua?bagi mereka yang mengutarakan soalan sebegini soalan yang harus diutarakan kembali pada mereka ialah: adakah kita tahu apa dan dimana pengakiran kita? Syurga or neraka? Analogy yang mudah, seseorang yang akan Mnghadapi peperiksaan sudah tentu akan berusaha bersungguh2 untuk memastikan result yang cemerlang kerana kita tahu bahawa mereka yang bersungguh2 akan mendapat keputusan yang cemerlang. Begitulah dengan pengakhiran hidup seseorang manusia itu, Allah melihat kita dari setiap inci baik dari sudut perbuatan, walhal kata hati. Ini di sebut dalam surah al-Adyat:100Ayat 9 – 11
أَفَلَا يَعۡلَمُ إِذَا بُعۡثِرَ مَا فِى ٱلۡقُبُورِ (٩) وَحُصِّلَ مَا فِى ٱلصُّدُورِ (١٠) إِنَّ رَبَّہُم بِہِمۡ يَوۡمَٮِٕذٍ۬ لَّخَبِيرُۢ (١١)
(Patutkah dia bersikap demikian?) Tidakkah dia mengetahui (bagaimana keadaan) ketika dibongkarkan segala yang ada dalam kubur? (9) Dan dikumpul serta didedahkan segala yang terpendam dalam dada? (10) Sesungguhnya Tuhan mereka Maha Mengetahui dengan mendalam tentang (balasan yang diberikanNya kepada) mereka pada hari itu. (11)
Ayat ini memberi Suatu gambaran yang akan berlaku sebagai peringatan dari Ar-Rahman dan Ar-Rahim bahawa bila tiba masanya, kubur-kubur akan digeledah dan dibongkar. Rahsia-rahsia yang tersimpan di dalam dada-dada akan diragut keluar.

Dikala ini, segala urusan dan segala kesudahan kembali kepada Allah swt. Perkataan يَوۡمَٮِٕذٍ -‘pada hari itu’ memberi maksud; Sesungguhnya Allah swt mengetahui keadaan-keadaan manusia setiap waktu dan setiap saat kerana Allah swt Maha Mendengar lagi Maha Melihat dengan tiada batasannya. Mereka tidak akan dianiaya walau sebesar zarah sekali pun. Kebaikan akan dibalas baik dan menguntungkan,kejahatan atau kemaksiatan akan dibalas siksa atau kerugian.
Maka teruskan berusaha kearah syurganya kerana kita tidak tahu akan pengakhiran kita tetapi kita yakin seperti dalam ayat diatas bahawa setiap amalan akan diambil kira jadi Perbanyakkanlah amalan2 yang membawa kita ke syurga, in sha Allah.

3. Motivasi kepada pendosa dan Peringatan buat mereka yang berasa selesa dengan amalan mereka. Hadis ini memberi harapan kepada si pendosa untuk terus mengejar redha Ilahi walau sebesar mana dosa yang dilakukan Allah itu maha pengampun dan pemberi hidayah jangan pernah mengalah. Memberi rasa takut bagi yang merasakan amal mereka itu sudah cukup membawa mereka ke syurga untuk terus istiqamah dan mnambahkan amalan dengan keikhlasan agar benar2 diterima Allah.
Wallahualam.


Comments

Popular Posts