Diari Ramadhan 2015

Diari ramadhan: oleh Ustazah Isfadiah (summary)

Bulan Ramadhan adalah bulan ketaqwaan. Sesunnguhnya yang paling mulia di antara kamu adalah yang paling bertaqwa. Al Mu'minuun [23]: 87
Taqwa bermaksud: kepatuhan and menjauhi larangan Allah SWT, yakni melakukan suruhan Allah dan menjauhi laranganya.
Penceramah mengaitkan objective untuk mencapai ketaqwaan dalam ramadhan adalah sama dengan objective dalam perkahwinan yakni ketaqwaan juga. Kerana Zaman sekarang ini ramai anak2 muda impikan perkahwinan di awal usia remaja, ada yang berkahwin di masa university dengan alasan nak elak kemaksiatan, sunnah etc. tetapi mereka tak di highligthkan mengenai tanggungjawab yang harus dipikul selepas itu. Surah Al Furqan ayat 74 menceritakan objective perkahwinan itu sendiri:
وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً
25.74. Dan orang orang yang berkata: “Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.

Penting untuk mencapai ketaqwaan dalam perkahwinan supaya lahir generasi2 islam yang hebat. Misalnya, ibu para2 ulama gemar berbincang dengan anak2 mereka mengenai sesuatu perkara apabila anak2 mereka bertanya kepada mereka. Ketaqwaan yang dicari dibulan ramadhan adalah satu peringkat ketaqwaan sebelum mencapai satu lagi ketaqwaan apabila mendirikan rumah tangga. Ramahan adalah bulan tarbiyah menuju ketaqwaan. Nilai2 seperti amanah, tanggungjawab and mengawal diri adalah sesuatu yang sepatutnya wujud d bulan ramadhan.
Kaitan ramadhan dengan uji kaji yang dijalankan yang dipanngil ‘Marshmallow test’ by Mischel:
The premise is simple: You can eat one marshmallow now or, if you can wait, you get to eat two marshmallows later.
Children were brought into a barren room, empty of any distractions except a table upon which sat a very tempting treat: the marshmallows. The children were given the choice of eating one marshmallow whenever they wanted or, if they could hold out until the adult instructing them returned to the room i.e. 15 minutes, they were rewarded with the two marshmallows. This conflict was crucial, because without it, you don't have a situation for testing self-control."
Mischel tracked these children down 50 years later, and what did he find?
Oh, we found a great deal. We found to our surprise when they were about 13, 14, 15 years old, that the ones who had waited longer on the marshmallow test were doing better in school, were doing better socially and were doing better on SAT scores by quite a bit. And we became very interested in why are they – we seeing these differences? What's that really all about? And we began to pursue them, really, over the years, and approximately every 10 or 12 years, did a follow-up.
Now, when you kept tracking them, did that – this difference you saw – 10 years later, the kids who managed to have delayed gratification were doing better. Was it true 20 years later? Was it true 30 years later? Was it true 40 years later?
Mischel: What happens is that the ones who remain consistently high in self-control over the years, as opposed to the ones who remain consistently low in self-control over the years form two quite different life trajectories that are distinctly different.

Ramdhan mendidik kita selama sebulan bukan sahaja 15 minutes seperti test diatas. Bayangkan sekiranya kita mampu menjaga amanah, tanggungjawab dan bekerja keras di bulan ramadhan ini untuk mencapai ketaqwaan indeed memang tidak mustahil kita akan jadi muslim yang jauh lebih baik selepas ramadhan ini.


Diceritakan mengenai kisah nabi saw bersama dengan para sahabat. Tiba2 nabi memanggil mereka untuk melihat seorang ibu yang sedang mengendong anaknya. Nabi bertanya kepada para sahabat ‘sekiranya disuruh si ibu mencampakkan anaknya kedalam api adakah dia akan berbuat sedemikian?’ sahabat2 pun menjawab, ‘sudah tentu tidak’. Nabi pun lalu berkata kasih sayang ibu terhadap anaknya menghalang dia melakukan sedemikian walaupun dia mampu, namun kasih sayang Allah terhadap hambanya adalah jauh lebih baik dari kasih sayang ibu terhadap anaknya. Jadi marilah merebut kasih sayang Allah pada bulan ramadhan yang mulia ini. Wallahualam. 

Comments

Popular Posts