Chubby with loves


Assalamualaikum semua. Nama saya Chubby, i was born in Australia so ill say, good day mate! haha

Saya cuma nak share something pasal kasih sayang dengan haiwan. 

ارحم من في الأرض يرحمك من في السماء 

Maksudnya: “Kasihanilah mahkluk di bumi nescaya mahkluk di langit akan menyangimu.” (Hr Tabrani: perawi sahih)

لا تنزع الرحمة إلا من شقي

Maksudnya: “Sifat kasih sayang tidak dicabut melainkan daripada hati orang yang celaka.” (Hr Bukhari dlm Adabul Mufrid)


Rasulullah saw bersabda:
 "Allah mempunyai seratus rahmat (kasih sayang), dan menurunkan satu rahmat kepada jin, manusia, binatang dan haiwan melata. Dengan rahmat itu mereka saling berbalas-kasih dan berkasih sayang, dan dengannya pula binatang-binatang buas menyayangi anak-anaknya. Dan Ia menangguhkan 99 bahagian rahmat itu sebagai kasih sayangNya pada hari kiamat nanti". (HR Muslim) 


Rasulullah s.a.w menceritakan:

“Ketika mana seorang lelaki sedang berjalan di sebatang jalan; dia terasa sangat dahaga. Tiba2 dia menjumpai sebuah telaga, lalu dia turun ke dalam telaga dan minum air. Kemudia dia keluar dari telaga tersebut dan mendapati ada seekor anjing yg menjelir2 lidahnya dan memakan tanah kerana terlampau dahaga. Lelaki itu berkata “Sesungguhnya anjing ini telah dahaga seperti mana aku dahaga tadi.” Maka dia pun turun ke telaga, memenuhkan kasut dgn air serta memegang mulut kasut sambil naik ke permukaan telaga dan memberikan anjing itu minum. Allah memuji perbuatannya dan mengampunkan dosa2 nya.”

Para sahabat bertanya:

“Adakah kami dapat pahala jika membantu binatang?”

Nabi s.a.w menjawab:

“Menolong setiap yang bernyawa mendapat pahala” (Hr Bukhari dan Muslim)


So, sampai sini sahaja, Chubby nak pergi tengok Amira and Ain buat homework tak :)) See ya mate! Salam :)))

Comments

  1. menghargai saat2 brsama chubby...x more chubby after this...huhu...xpe ginger cat ade...:D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts