Translate

Google+ Followers

Iman sebagai Masdar

Assalamualaikum wbt. 

Iman itu perlu dijadikan sebagai perlembagaan, asas dalam kehidupan. Segala tindakan, perancangan, semuanya perlu dimulakan atas dasar keimanan kepada Allah SWT.
Keimanan kepada Allah SWT adalah sesuatu yang amat penting dalam kehidupan insan. Iman adalah kepercayaan. Keyakinan. Kepercayaan dan keyakinan kepada azab seksa dan balasan ganjaran daripada Allah SWT, adalah benteng utama dalam memandu manusia menjalani kehidupan yang baik. Dan untuk pengakhiran yang baik.
Jika iman dijadikan perlembagaan, maka segala perintah allah SWT akan menjadi petanda arah kepada perjalanan insan. bukan nafsu. Bukan perasaan. Hanya keimanan yang mampu memandu seseorang ke arah kejayaan, kecemerlangan dan kegemilangan. Keimanan akan membawa manusia mentaati apa yang diperintahkan Allah. Perintah Allah SWT itu adalah satu kebaikan. - Hilal Ashraf




No comments:

Post a Comment