Ramadan, titik tolak perubahan diri.
Assalamualaikum wbt
Tips untuk habiskan satu juzuk sehari.
1 juzuk = lebih kurang 10 helai.
Bahagikan 10 helai kepada 5 waktu solat kita.
Bermaksud, 1 solat = 2 helai bacaan.
Kemudian selepas selesai solat, beri sedikit masa untuk habiskan 2 helai bacaan.
Jika terlepas bagi mana-mana solat [cth: mugkin Zohor dikejar dengan waktu rehat yang singkat]
Bijaklah agih agihkan bacaan yang tertinggal itu kepada baki solat kita yang masih tinggal[Asar, Maghrib, atau Isyak]
Jika masih berbaki, pastikan kita habiskan mana-mana bacaan tersebut sebelum tidur.
Dan, pastinya kita perlu mulakan dengan HARI INI agar tidak terasa berat ketika Ramadhan sudah tiba nanti.
Semoga azam untuk kita habiskan 1 juzuk sehari tercapai. Selamat mencuba!!
Fakta untuk agihan bacaan peringkat harian:
1 juzuk = 2 bahagian yang dipanggil hizb
1 hizb = 4 rubu'
1 juzuk = 8 rubu'
"Ramadhan...bermulanya suatu perubahan"
[Shahidan Shaarani]
Unit Media Semarak Ramadhan 1432H
IKRAM Joho
Comments
Post a Comment