Syaaban


Terkejut melihat kalendar. Sedar tidak sedar, hari ini kita telah melangkah masuk ke dalam bulan yang dikatakan antara bulan2 yang mulia dalam Islam.

Antara peristiwa di bulan Syaaban adalah, nisfu syaaban. "Nisfu" dalam bahasa Arab adalah pertengahan, jadi nisfu syaaban adalah pertengahan syaaban; 15 syaaban.
Apa yang berlaku pada malam nisfu Syaaban?

Kalau di Malaysia, kebanyakan surau dan masjid akan mengadakan solat sunnat nisfu syaaban dan bacaan yasin 3 kali selepas solat maghrib. Nisfu syaaban adalah hari di mana kitab amalan kita bertukar. Apalah agaknya yang tertulis dalam kitab amalan kita yang hampir ditukar kpd yang baru tuh..?? banyak biru ke, banyak merah ke..heee

Jadi, masih ada lbh kurang 14 hari lagi utk membaik pulih buku amalan kita. Jom, explore lagi apa amalan2 di bulan syaaban ini...:

1) Puasa:
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa berpuasa 3 hari pada permulaan Syaaban dan 3 hari pada pertengahan Syaaban dan 3 hari pada akhir Syaaban, maka Allah SWT mencatat untuknya pahala seperti pahala 70 nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah SWT selama 70 tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid”. (Dipetik dari kitab Durratun Nasihin).


2) Zikir dan selawat
Sabda Rasulullah SAW: “Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah SWT, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah SWT mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin).


3) Bertaubat
Rasululullah SAW bersabda yang bermaksud: “Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu”.


Wahhh, seronoknya...!! Jom lakukan sekarang..:)

Comments

Popular Posts