mencari sakinah di tahun baru!!! :)

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tidaklah berkumpul orang di salah satu rumah-rumah Allah s.w.t. (masjid), membaca al-Qur’an dan membaca seorang daripada mereka kepada yang lain melainkan diturunkan ‘sakinah’ ke atas mereka, rahmat meliputi mereka, para malaikat mengelilingi mereka dan Allah azza wajalla menyebut-nyebut mereka di kalangan malaikat yang berada di sisi-Nya.

HR. Muslim dan Abu Daud
Sesetengah ulama yang lain berpendapat bahawa ‘sakinah’ adalah satu rahmat yang istimewa. Imam Tibri pula bersetuju bahawa yang dimaksudkan dengan ‘sakinah’ adalah ketenteraman hati. Sebahagian yang lain pula mengatakan ‘sakinah’ sebagai ketengan jiwa. Sesetengah ulama menfsirkan ‘sakinah’ sebagai ‘waqar’ (sifat jati diri) dan yang lain pula menafsirkan ‘sakinah’ sebagai malaikat-malaikat. Imam Nawawi berpendapat bahawa ‘sakinah’ merupakan suatu perkara yang terhimpun daripada ketenangan, rahmat dan sebagainya dan turun bersama-sama para malaikat. Allah s.w.t berfirman dalam al-Qur’an:
‘Maka Allah menurunkan ketenanganNya ke atasnya (Muhammad s.a.w)’.
[At-Taubah: 40]
Dalam ayat yang lain Allah s.w.t berfirman:
‘Dialah yang menurunkan ‘sakinah’ ke dalam hati-hati orang mukmin.’
[Al-Fatah: 4]

yok!!! banyakkan mengikuti program keagamaan cuti sem yg akan datang ini!! salam maah hijrah untuk semua...:) * selamat menghadapi peperiksaan juga untuk bondies2 sekalian...:D 

Comments

Popular Posts