Translate

Google+ Followers

"12/1/2012

Assalamualaikum w.b.t.


Kalau ikut kata bahasa arab, mereka akan selalu kata macam ni “wallahi (demi Allah) bisur’ah…..” (sebenarnya nak tekankan perkataan yg tebal tu saja.ehe). Mengikut kata bahasa pasar saya sendiri, ianya berbunyi “Betul wei”.. Betul apa? Betul la GJ dah lama tak menulis entry kat OMQ ni. ~.~
Astaghfirullahalazim..


Oleh itu (walaupun tidak berkaitan sangat), GJ ingin berkongsi satu kata pujangga dari Imam Syafie yang berbunyi;


“Aku mencintai orang-orang soleh sekalipun aku bukan sebahagian daripada mereka; aku berharap mendapat syafaat daripada mereka,
Aku benci orang yang gemar melakukan maksiat; sekalipun aku juga pernah melakukannya”


Sungguh, itulah yang GJ selalu rasa.  Kadang-kadang rasa cemburu melihat mereka yang terus tsabit di jalan Allah ni. T.T


Aduh.Mengapa perlu rasa begini sedangkan setiap dari mereka berusaha, terus berusaha untuk istiqamah dalam perjuangan yang satu ini. Ya, ianya memang payah. Sangat  payah. Manakan tidak boleh runtuh nafsu ini apabila nikmat dunia berhemparan di depan mata. Di sana sini. Tambahan pula, ada bisikan syahdu terus menerus menyucuk hati yang rapuh ini. Setiap masa setiap waktu. Itu janji mereka. Berjanji untuk menyesatkan manusia hingga HARI ITU. 


Ya Allah, bantulah kami. Untuk terus istiqamah dalam jalanmu ini. Bantulah kami untuk meghilangkan rasa resah yang membelenggu hati kami ini. Mungkin akibat maksiat yang dilakukan. Usaha kami mungkin tidak sebanyak mereka yang lain. Mungkin ilmu kami masih cetek. Tapi itu semua bukan alasan untuk berhenti terus mahupun berehat dari  mencari redhaMu ini. Izinkan usaha-usaha yang kecil ini membantu kami terus istiqamah bejalan, mendaki suka duka hidup ini. Ya rabbi. Ya salam alaika. Yang Maha Pemegang Hati-hati kami.

ada lagu sikit:

 h

No comments:

Post a Comment