Translate

Google+ Followers

Korang berjaya sehingga hari ni, bukan semata-mata sebab usaha korang sangat pun..

Tapi faktor yang paling banyak membantu korang berjaya sehingga hari ni antaranya,

1. Doa mak ayah korang.
2. Doa ramai manusia untuk korang kesan daripada korang tolong mereka.

Sama ada orang miskin yang lapar korang bagi makan,
sama ada anak yatim yang kesunyian, korang usap kepala mereka.
sama ada kawan korang yang susah, korang mudahkan urusan dia.
sama ada motor orang rosak tepi jalan, korang tolong tolak pergi bengkel.
sama ada korang bagi kucing makan.
dan banyak lagi.

Kesimpulannya,

Jangan berlagak sangat bajet korang berjaya hari ni semua hasil daripada daki peluh korang.

Boleh jadi ia sebab doa orang lain. Jadi jangan pernah ambil ringan untuk buat baik. Buat je baik walaupun hanya bagi makanan pada kucing kat kedai mamak.

p/s : dan sebab paling utama of course sebab Allah yang tolong kita semua.


credit to: Team Tarbiah Sentap

#emelsentap dan #tarbiahsentap serta letakkan link ke www.emelsentap.com

No comments:

Post a Comment